Thursday, January 22, 2009

Home Recording 101 : Part 2 Buat Drum Track

Drum Section

Pasal aku ni tak pernah belajar muzik, pandai dengar aje, aku pakai term aku ajela untuk elaborate topic ni.

Program drum kat drum machine boleh kalau ada sedikit pemahaman camna nak buat. Kalau setakat nak bagi beat cam metronome tu untuk praktis gitar ke bass ke tak susah. Set speed dan kasi beat (kalau guna keyboard punya builtin ataupun effect punya rhytm generator lagi senang). Tapi kalau nak buat satu lagu complete tu, kenalah buat some composition baru boleh jalan. Aku suggest dengar lagu-lagu yang diminati dan concentrate kat drums and bass dia. Kalau ada guitar pro 5 (software, tak free) boleh dapatkan tab untuk drum bagi lagu-lagu yang diminati. Nak praktis buat drumbeats, cuba buat balik drumming untuk lagu-lagu tu dalam drum machine. Kalau boleh siap satu lagu dekat-dekat nak sama kira dah pandai la tu. Boleh jugak cari drum tab kat internet untuk belajar program ni. Aku belajar buat sendiri programming tu dan adalah dalam satu dua bulan jugak baru boleh buat satu lagu. Tapi aku ni dah tak muda jadi bebal sikit pasal komputer dan software ni.

Kepada sesiapa yang dah memang belajar muzik atau yang ada otak yang tak serabut macam aku ni, aku rasa satu-dua hari pun dah boleh pandai. Kalau memang main drum tu kira belajar nak program aje. Lepas dah siap bermacam-macam beat dan roll, bolehlah save sebagai master template. Bila nak guna balik open aje. 

Aku punya master template














Exporting.

Pasal aku familiar dengan hydrogen (refer previous post), aku akan cuba menerangkan camna nak export wav file of the drum beat untuk lagu dah siap. Dalam hydrogen korang boleh export song in wav format untuk digunakan dalam mixing software. Tengok kat menu untuk cari function ni.

Kalau export satu track aje, kita tak bole pomen individual component dalam mixing software. Jadi kalau nak mix payah. Paling baik kalau export satu-satu komponen. Pegi kat mixer (ada butang kat atas) dan choose solo button for every component dan repeat step untuk export song. Jadi akhirnya nanti ada satu track untuk kick, satu untuk snare, satu untuk tom kecik dan seterusnya.






Download dan cuba sendiri untuk dapat feel software ni. Mungkin aku ni dah ketinggalan zaman, mungkin korang semua dah tau dah pasal benda ni lagi awal daripada aku. Tapi aku boleh buat beats yang agak accurate dengan apa yang didengar dalam kepala. Freeware ni still tak stabil untuk windows tapi untuk buat demo kira ok la. Yang pentingnya ada cara nak keluarkan idea. 

Tiap-tiap drum component tu kita boleh tukar bunyi kepada apa yang kita suka. Contoh : kalau nak crash simbal "paiste" load aje bunyi simbal tu kat crash, kalau nak snare "dw" load bunyi snare tu. Ada jugak drumkit yang dah siap available kat hydrogen website. Tapi untuk version windows ni bila load tak jadi. Aku dulu pakai Linux (freeware ini memang untuk Linux), untuk version linux everything seems to be working. Mana nak cari bunyi drum impian ni? Rajin-rajin la kerobek kat internet. Aku akan try link kat aku punya repositori sikit hari lagi (sebenornya aku tak reti nak buat link untuk file nak download, nanti aku belajar dulu) 

Kalau ada cara yang lagi senang (Free punya!) let me know. BTW kalau nak angan-angan guitar custom bole pegi kat sini for virtual custom guitar http://www.nymphusa.com/kisekae/kisekaeE1.asp

No comments: