Monday, June 8, 2009

When Love Begins

Pernah tak, lately nih, cakap, “You look beautiful on that dress”, atau “Nampak slim, ah” atau just short teleconversation, “Tengahari tadi makan apa?” pada lu orang nye wife atau husband?

Nahhhh. Saja je tanya. :)

Dalam hidup nih, kalo diizinkan (InsyaAllah) panjang umur, gua ingat ini satu fasa hidup yang paling mencabar.

Kita dah lalu fasa budak-budak main tak ingat senja, fasa buat kerja-kerja bodoh & naïve, fasa masa belajar, tapi memain, fasa abeskan duit gaji macam takde ari esok and of course fasa jiwang-jiwang karat.

Dan sekarang, fasa lepas kawen & ada anak/family.

Mencabar tuh, bukannya bawak maksud payah atau susah. Cuma, nak kenal, nak belajar apa sebenarnya “pengorbanan”, “tanggungjawab”, “compromise”, “tolerance” & macam-macam perkataan yang gua sendiri lost count.

Gua rasa, smua pernah dengar kes laki bini bergaduh. Masa cintan dulu, bukan main, ayat power, kalah lagu Eddie Hamid. Eleh, lu orang yang sekeras-keras rock/metal hantu/jahat pon dalam ati ada taman, gak.

Err, tapi, itu bukan gua, ah. :)

Alih-alih dah kawen, lain pulak. Kluar smua benda busuk yang masa cintan dulu, wangi. Kluar smua benda buruk & hodoh yang masa cintan dulu, cantek.

Manusia nih mana perfect. Disebabkan tak perfect nih, ah kena ada orang lain (husband/wife) yang buleh compliment imperfection tuh. Kat sini, ah gua pikir kita kena belajar untuk paham, untuk rational, untuk cool dengan spouse kita.

Dalam relationship, 1 benda yang paling penting, COMMUNICATE. Ye ah, kalo dah 2-2 pon keja. Lu pulak balik keja, bukak baju, pastu letak kat sofa. Malas-malas depan TV, lepas tuh mandi. Lepas mandi, spender biar je kat pintu. Pastu, kengsal tak reti nak sidai. Longgok je kat tepi lemari.

Mana, ah lu nye bini tak marah. Pastu, jenis pulak slalu sangat ter’influence’ majalah Mingguan Wanita. Pastu, sket punya hal, smua laki punya pasal. Asal sket je benda, smua laki punya pasal. Pulak tuh, ini bangsa yang pendam je. Jumpa lagi 1 lu nye perangai buruk, meletop teros dia.

Pastu, start bergaduh. 2-2 taknak cakap. Protes. Tapi, time malam, 2-2 horny. Masing-masing nak bunuh setan. Besok, masing-masing masih mood protes. Macam takde apa je berlaku malam tadi. LOL. (Ini crita betol, gua ada came across dengan 1 couple)

Bertengkar & silent protes laki bini memang perkara biasa. Tapi, takyah ah nak crita 1 dunia pasal hal laki bini sendiri. What most important is to talk about it between husband & wife. Tak perlu ada orang ketiga. Then try to accept, learn, compromise, respect, etc. each other opinions. Memang susah nak buat kalo tak CUBA.

Naik penat gua dengar crita-crita cam gini.

So, disebabkan penat sangat, Stoet tulis lagu nih.

Bila Stoet bagi gua & Boy dengar lagu nih, teros kiraorang bertiga improvise the arrangement lagu nih. Hasilnya, macam lu orang dengar sekarang, ah. Kalo belum dengar lagi, buleh klik kat ReverbNation player kat belah kanan atas tuh.

And kitaorang jugak lucky dapat Abyy nyanyikan lagu nih. Personally, gua suka dia nye tone & range. Unfortunately, dengan Abyy, kitaorang cuma dapat record 1 lagu nih je. Sebab masalah logistic & time. Mungkin next project/songs, kitaorang nak dia nyanyi lagi. Itupon, kalo time & location permits.

Well, hope you like it as much as we do. \m/

Oh ya. Tadi, soalan memula tuh, tak berjawab, eh?

Gini, je ah. Kalo pernah buat lately, then, bagos. Thumb up! Seganas-ganas lu orang romantik, gak, ah. LOL.

Kalo dah lama tak buat, jangan lupa buat lepas baca entry nih. Gua promise, lu akan rasa better bila buat lu orang nye bini/laki feels good.

Afterall, kalo lu orang buat ke idak, itu lu orang pilihan. Cuma, the fact still remains. He/she is still your husband/wife.

p/s - As suggested by a friend, Krenmaut, we believe his advice would be the highest precedent to follow when having a family.

8 comments:

Abang Ben said...

tak suka drum, tak kemas. Mixing pun macam caca merba la bro.

Lagu feel rock n roll tulen. Abyy punya vokal OK tapi mungkin boleh kasi tekan lagi. Tak cukup torture lagi tu hahaha...

Kasih sayang family yang tulen ialah dia dan keluarganya dapat masuk syurga. Kat dunia ni banyak penipuan bro kalau set matlamat kat dunia je.

ROKATUA said...

To be honest, lagu nih suffered bila masa mixing. Ada lebih kurang 16 mixing. The one you just heard, is the best among them. Seems, gua dah exhausted how to make it perfect. :(

LOL. Abyy nye preference was into all Classics Rock. Gua salute dia for 100% effort contributing his voice, although he seems awkward when we tell him how to sing this song.

That is a very good advice, bro. Very good advice.

berteromber said...

suara mamat ni bagus ahh...lagu Jangan Kau Ganggu boleh suh dia nyanyi...masuk..

gua wife selalu petang2 gua tepon "Balik Pukul Berapa?"...itu boleh kira ker?..hehe

ROKATUA said...

Of course tuh buleh kira, thrashead. :)

Benda yg gua tulis tuh smua benda kecik. Disebabkan benda kecik nih yg nanti jadi besau. Gua sebenarnya kesian bila dengar crita-crita macam nih, sebab bukannya kita buleh tolong. Tolong tadah telinga buleh, ah.

Dunia, dunia. Haiz.

Takilala said...

-lagu..ok..raw huhuhu
-benda kecik kalau tak reti tolak ansur tu yg jd beso

ROKATUA said...

Mungkin kena remix balik lagu nih.

Thanks for listening. \m/

JAIRO said...

aku setuju dengan cadangan nak mixing balik lagu...

~aNNaSue~ said...

lagu : rock kapak kaw! tapi cam bising ah..mebbe sbb laptop nyer sound tak ok kot

kawin nyer hal : no komen.cek tak kawen lagi :p