Hanging out in Sickman Studio...
Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali...
Aku terkilan... bukan aku aje... Rokatua terkilan...
3 minggu dulu Arwah Din telepon masa aku tengah beli barang kat Tesco Rawang. Arwah nak bagi tiga pas untuk Raja Lawak final kat Rokatua. Tiga tiga tak boleh pegi... Aku kata takpe kang malam aku tepon untuk sesi teh tarik. Kena pulak arwah free malam tu tak da program....
Tak jadi... aku dah lupa pasal apa...
Hari Selasa lepas ada member message kata Arwah kat ICU, aku kata jangan buat lawak april fool la... Tapi memang betul.
Malam tu jugak nak pegi melawat, tapi desusnys pasal ada orang cuba nak ambik gambar arwah terlantar, semua orang tak boleh masuk...
Kensel pegi hospital...
Kabarnya dia dah di induced koma since Monday lepas, Lepas tu tak sedar sedar lagi dah.
Kembali ke rahmatullah 12.30 am Friday April 2nd.
Terkilan... diberi peluang jumpa last time tapi tak kesampaian
Marilah kita sedekahkan Al Fatihah pada Arwah... Moga Arwah di golongkan dalm golongan orang orang yang beriman...
He was a good friend...
4 comments:
alfatihah...dan takziah buat keluarga beliau.
Al-Fatihah...
beliau mmg istimewa..
Al-Fatihah...dulu selalu terserempak dgn arwah masa hantar anak gi sekolah...dia pun hantar anak lelaki dia masa tu naik kapcai...
arwah memang talented orangnya.
al-Fatihah.
Post a Comment