Thursday, March 10, 2011

Iron Maiden & Bali

Dah hampir 3 minggu berlalu. Mungkin sekarang dah basi crita-crita pasal Iron Maiden.

Rasanya, hampir smua link blog nih dah cover Iron Maiden live at Singapore . Tambah pulak, yang kat Melbourne pon dah kluar. Tinggal gua terkedek-kedek nak bercrita pasal yang kat Bali.

Idea nak pegi Bali nih pon kira snap je itu macam. The day Iron Maiden announced their tour date, ada 1 member teros book flight ticket ke sana. Dapat tau crita, call ramei lagi member, bincang ngan wife & teros book ticket, 2 malam lepas tuh.

Kenapa Bali? Bukan Singapore atau Jakarta? Gua pernah tengok Dream Theater kat Singapore tahun 2006. Tapi, macam gua tak berapa fit ngan keadaan Metro nya + rules yang gua tak tau ujung pangkal (no offence to Singaporean). Tambah pulak, gua jenis perokok (gua tak bangga, just bagitau). Rasanya, sekarang, kalo nak merokok kena 10 meter dari bangunan. Tak kuasa gua kena buli itu macam. Hehe.

Jakarta? Smua orang tau camne rasanya dok dalam crowd dorang. So, big NO!

Bali? Hah! Smua orang nak ke sana. Dengan good company + gua bawak family, seems perfect, gitu. Gua + member tengok Iron Maiden. Kaum ibu & anak-anak buleh buat activity memasing. Takde masalah nak tinggal atau nak heret wife & anak-anak masuk konsert. Hehehe.

Iron Maiden

Venue, superb! Open air yang dikelilingi batu kapur tinggi 5 tingkat bangunan. Kapasiti estimated buleh muat 7,000. Tak ramei, kan. Itu yang dapat menyelit 3-4 row kat depan, walaupon sampai kol 7pm. Takde banyak benda yang gua buleh crita pasal Iron Maiden kat Bali. They played same setllist as the nights before. Kecuali, lagu Talisman dorang main lepas 2 Minutes. Tak tau kenapa, tapi, kesempatan tuh gua tak sesiakan dengan mengambil nafas yang panjang lepas melalak lagu 2 Minutes tuh. Other than that, sket frust pasal banner/backdrop tak dapat naik sebab angin kuat. The first time dorang naikkan backdrop space tuh, teros koyak. Cuma, yang dapat naik masa When The Wild Wind Blows. Itupon, hampir 1/2 lagu, backdrop tuh dah melorot ke bawah. Sungguh wild angin tuh.

But of course, overall, gua enjoy. Dia punya feel sama dengan sesapa yang pernah pegi tengok Iron Maiden. Tak guna nak crita. Sama je, dia punya feel. Hah! Kecuali yang tak pernah pegi tengok Iron Maiden depan mata. Kalo nak tau, kena pegi tengok. Tapi, lepas tuh, lu pon tak yah nak crita kat gua, sebab gua tau dia punya feel camne. Hehehe.

Ek eh? Yang tak kenal ujung pangkal pasal Iron Maiden pon buleh ada rasa itu macam ka kalo lepas tengok dorang? Haa. Yang itu mintak maap. Kitaorang nih tunggu lebih 25 tahun. 25 tahun, beb. Kalo yang spesis gini, baik lu tengok Justin Bieber sudah. lol

video

Edit - Video nih out of sync bila upload.

Bali

Air Aisia flight yang gua amek, ramei kaum Iron Maiden. Disebabkan ramei, stewardess siap announce “Welcome aboard, Iron Maiden Troopers” masa sebelum berlepas. Hehehe. Turun kat Denpasar Airport dah nampak Ed Force One kat belah kanan. Punya excited. Lepas clearance, dijemput dek supir (yang di arrange oleh 1 member). Sebelum teros ke villa, Tok Ketua distribute tiket. Sistem tiket di Indonesia, 1 pesyen. Dorang takkan kluarkan tiket jam tuh, gak. Dorang cuma kasi resit. Tiket redemption kena buat pada hari sebelum atau sebelum konsert kat designated place. Dia punya panas, bila start tengok member lain tunjuk gambar tiket Singapore kat FB. Yang kitaorang nih, tak buleh menunjuk. Haha.

Rasanya, takde beza sangat Bali ngan Malaysia. Cuaca sama, jam pon sama (tapi, keadaan tuh, cepat sejam, i.e 6 pagi dah terang. 630pm dah masuk Maghrib). Cuma, sedihnya, infra jalan. Tak sepadan ngan tourist nye tempat.

Esoknya, the big day (the concert day). Pagi tuh, buat tour pegi Kintamani. Sebelum tuh, sempat tengok Tarian Barong. Lepas makan mengadap gunung berapi approx 2pm, kitaorang pon turun nak ke venue. 1 benda yang baru untuk gua, di sana sebutannya baku. Sampai, ah ke hurufnya. Memula bila disebut GWK (Garuda Wisnu Kencana) ke supir, dia blank. Puas agaknya dipikir & ditanya berulang kali, apa benda yang gua sebut, last-last, “Oooo, Ga Wey Ka!”. Huh? Hantam.

Lepas makan tengahari + duduk dalam keta yang aircon memang combinasi terbaik untuk tido. Semua tido dalam van tuh. Except Supir tuh, ah. Tiba-tiba, van tuh macam nak parking. Yang sorang cakap, nak isi minyak. Isi minyak jadahnya kat tengah kampong nih. Takkan nak isi minyak yang jual dalam botol. Turun, tengok, sekali tayar sudah masok paku. Sudah bocor. Ah! Sudah. Tengok jam dah 3pm. Ini sempat ke idak nih. Tak pe. Rilek, rilek. Supir tuh pon kluarkan tools nak bukak tayar. Sendalkan batu kat tayar yang bocor tuh untuk kasi space untuk jack. Dah siap jacked, cuba bukak tayar. Sekali spanar tuh pecah, ah.

Dah pukul 3pm nih. Lagu Stranger In The Strange Land pon kluar dari kepala. Supir tuh, mintak tolong orang sana, carikkan spanar. Tunggu menyangkung, dapat call dari member (orang Bali) kat GWK. Bila disebut masih kat Kintamani, buleh dengar dia punya terkejut “Kintamani?”. Takkan lepas lagu Stranger In The Strange Land nak berdendang lagu Wasted Year, kot? Panic, panic.

Last-last, dah lebih 20 minit menunggu, supir tuh tahan 1 van, mintak tolong. Turn out, dia pon takde spanar tuh. So, supir tuh arrange soh, kitaorang naik van tuh ke GWK, tengah jalan, drop kaum ibu ke villa. Van tuh, huk ala. Kalo ingat lagi bas mini, ini lagi kecik. 10 orang kami memang dah penuh. Pintu tak buleh tutup. Sebijik macam bas mini dedulu. Haha. Bantai.

By the time kitaorang naik van tuh dah dekat pukul 4pm. Tengah jalan, lepas 1 simpang, driver van nih pulak decide tak nak bawak kitaorang. Dia pegi tahan van lain. Cilakak sungguh. Macam bola kitaorang kena. Lompat ke van lain. Yang ini, better dari van tadi sekurang-kurangnya, walaupon takde aircon. Time tuh, dah pukul 5pm. Gila critical. Tapi, ketawa-ketawa nak sedapkan ati. Haha.

Last-last, sampai jugak lebih kurang kol 6pm lebih. Nak carik tshirt, smua sold out. Yang tinggal saiz kecik. Takpe, ah. Janji sampei, pastu buleh menyusup ke depan kita ok, ah tuh.

Haha. Summary sket pasal Bali. Nice place. Nice people. Tak lokek senyum. Makan, ok. Ada tempat-tempatnya kalo berjalan tuh. Tak susah sangat. Jaga-jaga bila buat transaction. Senang kena short change sebab duit dia besau-besau (note 20000 Rupiah mistaken as 2000 Rupiah, and so on).

Penat, ah menaip. Dah lama tak tulis pepanjang nih. Huh? Gambar? Sorry, ah. Amek video dalam pit pon dah macam tuh, apatah lagi amek gambar. Hehehe.

Ok, ah. Next time tulis lagi. (Err, tulis lagu pon buleh, kan).

3 comments:

deaf-angel said...

thanks for sharing..
you should have brought ur wife and possibly kids to see Maiden too haha.

kawan keja aku pun ni 2011 tour pilih Spore + Bali nye dates untuk tengok dorang.

Nampak alrite je dia bakcpack sorang2 gi Bali, nanti aku nak tanya dia experience dia, kot ada rezeki pergi Bali next time

berteromber said...

nengok Justin Bieber live pun feel aper????

terutama bab terselit celah2 aweks2 kat crowd...


hahaha...

ROKATUA said...

deaf : Haha. Will do, next time. Hehe.

Kalo ada rezeki/panjang umur, buleh pegi Bali. Apa yang menarik, ambience nya. Well, of course ada benda yang kena take precaution. But overall, should be fine. :)

Thrashead : Kalo ketiak dorang tak busuk, gua pon nak join gak, ah. Hehe.