Wednesday, January 21, 2009

Home Recording 101

Aku ingat nak ketengahkan topik ini untuk mendapatkan komen-komen yang membina

Aku rasa banyak orang yang banyak idea untuk lagu tapi tak ada cara untuk merakamkan lagu-lagu atau sesimple riff guitar untuk didengarkan atau disimpan. Aku rasa aku hanya boleh berikan my own experience untuk di kongsi bersama dan harap korang dapat kongsi experience korang dengan aku. I will break this topic into a few sections.

Paling mudah dan murah buat recording kat rumah ni ialah menggunakan equipment yang memang sedia ada. Kalau dah ada duit nak beli 16 track recorder dengan built in effect, rhythm machine and cd burner tu, kira nak dekat complete dah untuk buat demo.

Part 1

Hardware 

Ada komputer lama kat rumah dengan soundcard pun dah boleh start dah. Maksud komputer lama ni bukanla intel 386sx dengan math coprocessor tapi aku rasa anything pentium dah boleh dah. Aku punya pc yang rekod demo rokatua spec takda la canggih sangat. Intel pentium 4, 3.0 ghz,  512Mb RAM dengan 160 GB hard drive aje. Soundcard pun pakai built in AC97. Based on apa yang aku dah lalui, processor kena laju dan Hard drive kena besar kalau nak main rekod-rekod ni. Tambah lagi kalau banyak pakai effect dalam computer. Hard drive tu kalau lagi besar lagi bagus pasal 1 instrument aje dah dekat 50 to 100 MB kalau WAV format. Kalau format lain tu macam FLAC aku rasa besar lagi tapi tak pernah pulak aku try. 

Kena invest good speakers, kalau tak larat beli studio monitor pun (rokatua punya baru je rosak) pakai la good komputer speaker. Setakat demo tu ok lagi. Satu lagi is a good headphone, pasal anak bini nak tidur malam-malam. Kita pun takkan nak rekod siang-siang banyak gangguan.

Kalau banyak duit lebih, invest good external sound card. Better still kalau yang dah ada built in effect macam Line 6 UX series or Zoom. I found out that original pc soundcard still bising, banyak noise. Tapi kalau setakat demo nak impress awek/anak/jiran sebelah/member tu ok lagi pasal tak obvious sangat.


Part 2

Software

Drum machine

Kalau nak drum beat, paling senang pakai drum machine software. Ada yang free kat internet. Personally I use Hydrogen drum machine http://www.hydrogen-music.org/. Software ni actually written for Linux tapi ported tu Windows. Aku tak pernah try dengan Vista tapi kat XP ok. Pasal ported to Windows ada setengah feature tak jalan betul seperti import drumkit dan save setup drum. Tapi for my use dah cukup. Ada jugak yang lain yang free kat internet, dan ada jugak Vsti untuk drums. More on the Vstis in the future. Best thing about hydrogen is that u boleh program every single ketuk. So you are really in control. Then after that boleh export drum yang dah siap tu pegi recording and mixing software. 

Rekording and Mixing software 

Ada banyak free dan available untuk buat muzik suka-suka ni (bukan untuk komersial). boleh try salah satu kat bawah ni.

1. Kristal audio engine. http://www.kreatives.org/kristal/
   This is the one Im most familiar with. Maybe not the most canggih around but fits the purpose.

    Yang ni bole buat music video lagi

    A bit complicated to me, but quite powerful

Sebelum guna software kat atas tadi, make sure install Asio driver for windows. Yang aku pakai ialah Asio4all http://www.asio4all.com/. Windows punya driver for your soundcard latencynya tinggi. Kalau guna nanti sound yang baru rekod tu lambat dari instrument lain (laymans term). Lepas tu keluar bunyi kat speaker pun lambat sikit.

Ok kita berenti sini. Kalau belum pernah try lagi, bolehlah download and cuba. Kena jugak ada adequate cable, jack, adapter jack, dan yang paling penting instrument dan mikropon. Kalau nak explain camna nak guna software tu panjang cerita. Jadi kalau nak cuba tu baca la help file. Hopefully kalau ada cara yang lagi baik boleh kasi tau kat aku. 

3 comments:

Dr. Bentara said...

gua ada sample home recoding. Gua pakai:

1. Ableton (to record/mix)
2. Fruity Loops (drum tracking)

hardware:
1. Standard notebook
2. Vokal pakai microphone recording (proper jugak le)
3. Semua rekording gitar/bass/vokal gua channel masuk ZOOM G9.2tt guitar multieffects lepas tu salur ke notebook.

oleh kerana gua tak terer mixing (tau recording je), maka results pelbagai. Tapi boleh la nak jadi demo atau nak bagi kawan bandboy belajar lagu.

Lu boleh download sample kat sini http://krenmaut.blogspot.com/2008/07/sudahkah-anda-bersedia-dengan-nasyid.html

Dr. Bentara said...

Ni lagi satu boleh dengar streaming... jangan lupa baca lirik, very interesting ;)

http://www.soundclick.com/bands/page_songInfo.cfm?bandID=727810&songID=6006116

Stoet said...

Bro Ben

Memang Class. Tabik... Jedi Master