Tuesday, January 20, 2009

Hidup Nekad, Mati Muda

Itu yang gua prasan sticker kat motor Suzuki RG pakcik gua dulu. That was nearly 30 years ago. Sekarang, pakcik gua macam orang tua biasa. Gigi pon pakei gigi palsu. Dah tak rugged. Asek-asek mancing. Asek-asek mancing. Ntah, mungkin itu je yang buleh dibuat untuk killing time.

Dah hampir 11 tahun gua keje dalam Construction Industry. Macam-macam orang gua jumpa. Dari Project/Contract Managers, QS, Engineers sampei ke Site Supervisors. Interesting people. And most of them are friendly. Of course ada 3-4 kerat yang macam gampang, suka tunjuk authority & loves to be ‘smart-aleck’ in the meetings. Plus, beberapa hammerheads yang slalu nak carik salah orang lain. Memang wasting space blogspot nih kalo nak crita panjang.

Older people, 45 and above are nicest. Soft spoken, like to joke around, explain the rational of their designs (especially engineers) or their works with relaxed tone in the meetings. Ini yang buat gua kalah, beb. Gua mungkin buleh duduk sama rata ngan dorang in term of friendly & nice tapi, gua masih darah muda. Selalu baran.

Laaa, yang mana tak caya? Yang friendly tuh ke atau yang baran? Ishhh. Betol, ah.

Apa yang gua enjoy dengar crita dorang nih (most yang gua rapat), kawen dua, beb. Ha ah. Kawen lebih dari satu. And, their 2nd slalu dok dalam opis yang sama. Tak kesah, ah mak janda atau anak dara.

Mungkin sebab lonely? Atau spent most of the time kat opis? Asek keja dan keja aje. Takde masa nak socialized ngan orang lain.

Bukan gua nak kecik-kecikkan dorang, beb. Cuma gua wonder, camne boleh makan, pastu berak kat tempat yang sama & waktu yang sama?

Well, mungkin jawapan tuh gua buleh dapat dalam masa 10 tahun yang akan datang. Bila gua sampei umur tuh. Sesapa yang lebeh kurang sama baya ngan gua, ada personality macam gua, (Cheewah) maybe you should start giving a thought about this.

Bukan apa, mana, ah tau, kan.

In the meantime, stay cool, santai & jangan gelojoh. Sebab, kalo nekad, mati muda.



3 comments:

berteromber said...

rst..gua pun wonder...kenapa ek golongan yg keja2 bhgn Construction Industry dan juga kontraktor selalu kahwin 2?

Gua ramai kenal golongan ni dan most of them bini 2 even yg kontraktor kecil2an pun...kenapa yg keja bidang macam gua tak ramai kawin 2...adakah kerana kami (finance industry) tak banyak balik malam..takder meeting waktu malam...tak der nak jumpa2 client waktu malam...so tak der alasan nak tipu bini nak keluar malam?...haha..i wonder..

Dr. Bentara said...

umur2 cenggini memang ada pikir kawin dua eh... gua ingat gua sorang je pikir macam tu hehehe

ROKATUA said...

Thrashead,

Tapi, kan ada gak sorang yang gua kenal dalam finance/accounting pon buat gini, gak. Hehehe.

Yang musykil gua, kan. Orang camnih buleh keja + having pleasure in the same place & at the same time. Camne agak-agak dorang start dorangnye "pick-up line"? Hahahaha

MM,

Hahaha. Gua bukan pikir nak kawen dua. Gua ajak yang baca blog gua, Ada apa-apa fantasy tak pada your own working-colleague?

See what happened next. Hahahaha