Tuesday, January 13, 2009

Look At The Way We Sin

Memang gua nye habit, bila keluar pergi Rawang atau ke mana-mana dengan famili, gua akan singgah beli air kelapa kat simpang masuk tempat gua tinggal. Air kelapa dia, nyaman & addicted. Macam ada ganja dalam tuh. Yang kedua, personally, gua rasa, brader yang jual tuh, gua patut tolong untuk naikkan taraf hidup famili dia.

Gerai dia tak semegah. Berterabur. Lalat. Kengkadang bila singgah tuh, gua nampak anak dia (dua orang kalau tak silap) main tanah, comot, baju nye, ya amat, selekeh. Tapi, bukan itu yang buat gua nak cerita atau refrain untuk singgah, sebab sepanjang gua minum/hirup air kelapa dia, tak pernah gua sakit perut. Cuma, kesian tengok keadaan anak-anak dia tuh sebab mak bapak dia sebok dengan gerai untuk carik rezeki.

Sabtu lepas, gua singgah lagi. Hari nih, anak gua nak air kelapa tuh letak dalam botol dia. Gua pon cakap ngan brader tuh, “3 air kelapa. 1 isi dalam botol”. Gua hulurkan botol & keluarkan RM10 untuk bayar, pastu, dia pulangkan balik RM8, katanya, “Yang dalam botol tuh, tak payah bayar”. Gua kerut kening. Gua cakap, mana boleh. Meniaga buat cara meniaga, ah. Benda nih pon kena kira gak. Bini dia sambung, “Takpe, budak-budak. Kami pon ada anak”.

Gua pandang laki-bini tuh. Gua masukkan duit RM8 dalam poket gua. Gua sambut air kelapa gua. Gua cakap terima kasih banyak-banyak pada dorang.

Dalam keta, gua tertanya-tanya, how does it feels when you received something from less fortunate people? Never thought of that, huh?

Selama nih gua terlalu riak. Rasa kecik je gua mengenangkan apa yang jadi. Selalu pikir gua boleh tolong orang dengan keadaan gua yang bernasib baik nih. Kononnya, bila duduk kat ’atas, boleh tolong orang, tak kira sesapa je. Gua silap. Tak perlu ada duit. Tak perlu pikir selalu duduk kat ‘atas’. Sesapa je boleh buat. 

All you need is just a good heart.

BTW, enjoy this song. It’s called Look At The Way We Sin.





3 comments:

jamez said...

ha'a la rst..gua mkn kat kopitiam yg megah giler pon..balik kena food poisoning..hampeh betul...

org yg tak berkira mcm tu, semoga tuhan murahkan rezeki..
tak mcm sesetgh peniaga buah kat psar mlm...cth: anggur, rambutan, duku..memula dia amik yg elok..pastu..bila kita leka..diam2 dia ceduk yg tak elok punya...balik rumah, baru kita sedar..tertipu..

tp gua,..penah sound ah skalik..."saya nak yg kat tangkai tu aje ( merujuk kpd buah anggur )..dia ckp 'sama je dik..bla..bla bla..'..gua wat dunno ah..lantak la..wa baya utk buah elok"

yg benar - jamez

Abang Ben said...

RST ada blog? Welkem...

ada darjat ni memang banyak ujiannya. Kita ingat dapat darjat, harta etc tu Allah s.w.t. dah suka ngan kita padahal Allah s.w.t. hantar untuk menguji kita. Ramai yang kecundang.

ROKATUA said...

jamez,

Orang yang meniaga cam tuh, lu boikot je. Baik lu beli epal. Epal merah berkilat. Senang nak pilih pulak tuh. Kalo kedondong pon ok, gak. :)

MM,

Thanks for the warm welcome and thought. Benda-benda simple camnih memang gua slalu lupa. Materials, materials & materials aje yang slalu kita nampak. :(