Wednesday, January 14, 2009

Musim belajar jadi halimunan

Poket dah ketat

Banyak orang kata kita tak kena effect banyak sangat dengan recession sebab institusi kewangan Malaysia tidak begitu canggih dan kita tak banyak campak duit kat luar negara kita. Aku bukan orang finance dan bank so aku ni tak pandai la sangat pasal cara mempermainkan duit ni.

Yang aku tau sebagai orang yang ada rumah, kereta dan hutang-hutang lain ni adalah masa untuk prepare untuk recession cycle nya dah habis. Kalau korang macam aku, better start prepare plan B untuk meneruskan kehidupan kita. Aku prepare macam ni...

  1. Confirm tak boleh apply loan dah lepas ni sebab sure kena blacklist dengan credit card dan finance company. Bukan tak nak bayar tapi lepas ni sure terbatuk-batuk punya kalau gaji kena potong, bonus tak de dan paling teruk sekali kalau dah tak ada kerja. Jadi accept aje la. Ataupun tolak aje kereta. At least satu loan dah tak payah kesah.
  2. Cut down semua perbelanjaan termasuk sessi teh tarik. Recycle semua benda tak payah beli baru. Makan pun kurangkan. Kasi budak-budak aje makan. Aku rasa ramai orang kena tukar diet pun dan bawak la bekal pegi opis sebab kalau satu hari makan kat luar dekat 10-20 ringgit boleh beli ikan sekilo (kembung RM 9-10 sekilo, beras kat RM 25 satu beg 5 kilo). 
  3. Tak payah kasi tuisyen-tuisyen kat budak-budak. Ajar sendiri. Budak kalau nak belajar tak yah antar tuisyen. Kalau tak nak belajar, hantar tuisyen pun buang duit aje. Baik suruh diaorang tolong kat rumah and main kat luar kasi sihat. Kat sekolah aje dah cukup. Tapi sekolah ugama tu beratkan la unless kalau tau ajar sendiri...
  4. Beratkan aktiviti dirumah dan disekitar rumah. Betulkan pintu ke, bakar sampah ke, sapu sawang ke, tengok tv sama budak-budak ke, layan bini sampai tak terlayan ke. Kalau nak pegi berjalan pun pegi la fishing ke, mandi sungai ke yang tak banyak sangat guna duit. Rapat dengan keluarga dan badan sihat.
Or alternatively, buat je apa nak buat and just hope for the best. 


No comments: