Monday, February 2, 2009

Home Recording 101 : Di mana laguku...

Ini topik subjektif

Camna nak cari idea. Hari-hari banyak je lagu baru keluar kat radio. Boleh pulak lagu-lagu tu bunyi lain-lain. Sedap di dengar atau tak tu lain cerita. Genre music pun macam-macam. Aku actually bukan reti sangat beza pun setengah-setengah label ni. Kalau obvious betul macam dikir barat dengan trash metal tu senang sikit.

My point is, melody is melody. How you color your songs is up to you. Kalau dah memang set out nak buat speed metal, keluarlah speed metal. Kalau nak lagu leleh keluarlah lagu leleh. Aku bila dapat idea selalu hum melodi dalam handphone punya voice recorder.  Bila dengar balik barula aku kaler camne aku nak, and compose sampai habis. Mungkin ada better way, macam main melodi tu kat piano ke, tapi aku tak boleh bawak piano tu rata-rata. Untuk Rokatua, I think instrument wise to basic aje, guitar, bass n drums. Main pun basic aje, power chords and basic rhythm section. Yang pentingnya, lagu tu keluar camna kita nak.

Mana nak cari idea? Wallahualam... Sometimes masa bawa kereta idea datang, tengah mandi idea datang, tengah hmmm hmmm hmmm idea datang. Lagu-lagu yang kita minat dan menjiwai daripada kecik sampai sekarang banyak influence lagu-lagu yang kita buat. Subconciously, banyak tune-tune yang keluar tu adalah bastardization benda yang kita pernah dengar. Ada ke orang yang betul-betul original? Yang tak pernah dengar lagu tapi boleh compose something yang really new? Kalau tak pernah dengar lagu pun mesti pernah dengar something yang lain macam, bunyi kicauan burung ke, bunyi padi ditiup angin ke or bunyi mendengkur ke. Mungkin ada kes pelik macam orang pekak boleh compose tune (Beethoven tu pekakkan? ke buta?)

Sama jugak macam riff dan beats. Apa bendanya yang baru kita bole buat daripada gitar, ke bass ke, or drums. Main cam malmsteen, org cakap kita main cam malmsteen, main blues, org cakap macam SRV.  

Jadi pendeknya, kita main aje benda yang kita dengar dalam kepala. Yang penting kita honest bukan nak meniru. Kalau kita buat benda yang seakan-akan sama tapi tak sengaja tu namanya tribute to your roots. 

Jumaat malam sabtu lepas Rokatua tengah belajar buat rekoding vokal kat studio. Ramai juga member yang naik melepak. Jadi aku berkesempatan la berborak dengan seorang rakan drummer yang dah established dan retired yang kebetulannya orang kampung situ jugak. Dalam banyak banyak topik yang dibualkan ada beberapa quote dia yang aku suka...

quote 1 :"Solo gitar dalam lagu berapa lama sangat... Baik belajar chords dulu, itulah yang backing the whole song"

quote 2 :"Drumming is to keep beat for the song, bukan nak tunjuk terrer"

quote 3 :" Kita kena honest main music, baru orang bole relate ngan kita".

So kesimpulannya, is the song that matters... 


1 comment:

Auk's de Nekrademus said...

aku setuju bab ni

quote 1 :"Solo gitar dalam lagu berapa lama sangat... Baik belajar chords dulu, itulah yang backing the whole song"

quote 2 :"Drumming is to keep beat for the song, bukan nak tunjuk terrer"

quote 3 :" Kita kena honest main music, baru orang bole relate ngan kita".