Monday, February 16, 2009

Sampai bila...

Weekend lepas aku kena jadi part of group lawatan ke kilang di Penang untuk memastikan barang yang nak di hantar ke projek aku tu seperti mana yang diorder. Group yang pegi tu lima orang semuanya; Dalam ranking aku no. 3 belakang tuan punya bangunan and tuan yang menaikkan bangunan tu. Selepas aku pulak ada orang yang membina dan membeli barang bangunan dan lepas tu lagi orang yang supply barang tu. Jadi aku naik kapalterbang hari jumaat pagi tu dan terus la buat apa yang kena buat. Lepas abis semua yang dipanggil kerja aku pun dibawalah ke hotel untuk berehat.

Aku ni banyak member kat utara pasal masa aku baru akhil balikh dulu aku sekolah asrama kat Ipoh, dan banyak studentnya daripada utara. Jadi dah alang aku ada kat Penang satu malam, aku pun tepon la kawan-kawan lama aku. Malam tu lepas bersama sama klien aku bersuka ria, Aku pun mintak diri pasal nak jumpa member dalam pukul 12 malam lebihkurang. Naik je kereta member aku ni, aku pun tanya la apa plan. Member aku kata jom layan live band. 

Aku dan rakan-rakan pun proceed terus ke satu hotel ni kat Jalan Chulia (Nama tak ingat... Bluewave ke Bluestar ke...). Aku rasa budget hotel untuk travelling tourist cam bed and breakfast tu macam. Kat luar hotel ni ada very cosy setting just meja batu dan kerusi plastik. Tapi yang syoknya ada small live band set up. Jadi kami order kopi and just hang out sambil catch up with wats happening. Lepas tu band start main aku rasa second session kut. Macam jamming pulak tu, boleh jemput musician from the floor, boleh ajak orang lain naik nyanyi.

I really enjoyed it. Main lagu pun yang oldies macam smoke on the water, jump, and blues jamming. Very friendly, even the band came down and cit cat with everyone (Member aku tu pun nampak macam dah kenal lama dengan diaorang ni). Lagu-lagu yang main pun memang zaman aku punya, itu sebab boleh layan. Sampai about 1.30 am polis pun datang, mungkin sebab consider open air la tu. Jadi kitaorang pun bersurai la. Pegi makan nasi kandar (2.30 pagi tu...) and retire back to hotel. Aku terharu dan berterimakasih atas kesudian member-member aku yang datang menjemput dan membawak aku rewang kat Penang. Aku sendiri tak tau samada aku mampu nak buat gitu kalau member aku daripada jauh call aku last minit macam aku buat kat diaorang. Aku doakan korang yang bagus-bagus dunia dan akhirat.

Dalam masa yang sama, vokals untuk beberapa lagu Rokatua sedang di rekod di Kuala Lumpur. Aku tak dapat lepak lagi dengan yang lain-lain sejak balik Penang, tapi aku rasa dah behind schedule sekarang ni.... Seperti rokatua dah highlight dalam post lepas. 

Makes me think. I think Rokatua is fun, Rokatua is to enjoy. Jadi tak boleh approach macam projek kerja. Baik buat cantek punya daripada mengejar masa dan follow schedule on the dot. Aku teringat airmuka live band kat Penang tu. Happy aje, enjoying giving a show to everyone. Aku rasa diaorang perform apa diaorang nak. Aku borak dengan diaorang pasal kerja kat tempat lain yang mana diaorang kena main lagu kontemporari (boyband pun ada!). They were not very happy, tapi kena carik makan jugak kan... Wat do u guys think?

Tapi kalau tak letak tarikh tamat, kita sebenarnya tak pernah mula... Jadi sampai bila?


2 comments:

Dr. Bentara said...

sampai bila?

gua jawabkan...

sampai bila-bilaaaaa...

Stoet said...

Betul tu...