Friday, April 3, 2009

Shinedown

Buat masa sekarang nih, 4 lagu dah habis record semua vocals (Oh, cuma Revolution saja remix dari demo). The remaining, kena tunggu Boy (our drummer - ironic, kan. Rokatua ada band member nama dia, Boy) untuk masuk vocal.

Minggu nih, nampaknya Boy tak dapat nak masuk vocals sebab ada kerja lain. Tertangguh lagi. At this moment, gua dah mix 3 lagu. Dan mungkin ada sana sini sket nak kasi smua bunyik kluar. Should be ready by coming weekend.

Cerita pasal vocal nih, sebenarnya Rokatua takde real vocalist. Carik, sudah. Audition pon sudah. Kalo nak ikutkan, yang di-audition tuh smua buleh nyanyi (dengan baik, ah). Tapi, smuanya ada 1 problem besar. Logistic. Smua vocalist yang kitaorang dapat, tinggal jauh dari kampong kitaorang. Nak commit untuk practice seminggu sekali ari Jumaat pon kengkadang terpaksa kena skip. So, terpaksa, ah drop dorang smua. 

Except for Abyy (he will be featured in When Love Begins). Dia nye kes nih, lain sket. Direkomen oleh salah sorang gua nye budak opis. Bila gua dengar je suara dia. Gua teros bagi demo kitaorang. Lepas 3 minggu dari tuh, without practice, dia masukkan vocal. Teros menjadi.

Well, ada, ah komen/pitching/dictions here & there, tapi, gua happy dengan dia nye result. Disebabkan dia pulak tinggal kat Klang, oi mak! Jadi, untuk mintak dia record another song pon macam susah sket, ah.

Tu sebab Boy & Stoet taking charge of all vocals. Gua? Gua buleh nyanyi. Tapi, suara tak sedap. Kalo lu orang nak Rokatua tuh, ala-ala Karaoke, buleh je gua nyanyi :). 

BTW, minggu lepas, dalam keta, gua pasang Shinedown. Gua dapat Shinedown nih dari awal tahun dulu, tak sempat-sempat nak dengar. Semenjak dua menjak nih je gua dengar. Itupon, sebab lagu sendiri dah macam nak muntah dengar (buat mixing, beb). Saja nak dengar bunyik lain.

Buleh check it out Shinedown kat youtube bawah nih. Lu orang mesti agreed ngan Stoet bila dia dengar je, perkataan yang kluar dari mulut dia, "Damned! Sounds effortless!"


No comments: