Monday, March 8, 2010

Ada Apa Dengan Nama?

Minggu lepas, ada satu member bagitau, ada lagi 1 band share nama ROKATUA, ada video dalam youtube & their own fanpage dalam Facebook. Tapi, ejaan lain.

First reaction gua, “Ooooo, ok.”

Perlu ke gua lontar Molotov cocktail kat studio dorang? Atau perlu ke gua bukak page dalam Facebook “Menentang ejaan lain bagi ROKATUA. Tak pon bukak fanpage “The true ROKATUA. Lepas tuh buat lagi 1 page “Bands misspelled ROKATUA are posers”?

Jap, jap. Ini macam double edged sword. Kalo ditukar ejaan ROKATUA, dah tentu ROKATUA kena balik. :(

Lepas kena rokok sebatang, gua came to a conclusion, "nahh, lantak dorang, ah."

ROKATUA was formed because of the fun of it. Sebab ini, ah aktiviti anti-social yang paling best tiap minggu. Gua tak pikir dengan jadi obsessive (for the sake of name) buleh maintain (the fun) yang ada sekarang. Cukup, ah tetiap ari mengadap orang-orang yang tak buleh nak sekepala. So, no point gua pegi storm kat fanpage dorang & buat kacau.

Secondly, dalam keadaan umur yang majoritinya sebok ngan anak-anak, ugama, karier, business MLM, politics, academics, etc, ada beberapa kerat yang masih pikir buleh jadi rockstar. Hehehe. (OK, ah bukan cam rockstar yang making RM5mil setahun atau ada flight sendiri). In which, is a good thing. Since kitaorang started lebih kurang 2 ½ tahun dulu, ada beberapa kawan dah mula nak repair, beli gitar. Some of them, trying to learn how to record, program drum machines. Ishh, takkan, ah gua nak stop orang-orang cam nih tak tentu pasal? In fact, gua support this healthy development. So, go ahead ROKATUA, as long as you enjoy doing it. \m/

Ketiga, nama ROKATUA nih adalah milik semua yang berumur, grew up dengan muzik rock. Regardless, cabang-cabangnya, so long it was based on ROCK atau METAL. So, camne nak claim nama ROKATUA tuh itself as ours? Of course kalo nak tuh, buleh dapatkan copyright dari pihak berkenaan. Once dapat, buleh sue sesapa yang cuba guna nama ROKATUA tanpa kebenaran. Tapi, it is necessary?

So, sebagai individual, ROKATUA takde pemilik. ROKATUA adalah gua, lu, kawan-kawan gua, kawan-kawan lu & seluruh rockers tua yang tak reti nak berenti dengar atau main lagu rock. We share common interest. We share same name. And we are all the same. Don't let others tell you otherwise.

And as a band, ROKATUA yang ini, tulis, susun, record, mix & produced lagu ROKATUA sendiri. Don't let others tell you otherwise, too. :)

6 comments:

Dr. Bentara said...

update pun 2 bulan sekali... memang true rokatua

berteromber said...

ok...lepas ni lu pakai nama REAL ROKATUA..heheh..

SkiD said...

Tukar je la..Rock Dah Tua..amacam..lagi cun!!

bofoyengfeng said...

rockatua rules!! lepas ni mesti ada band nama punkatua, metalatua, popatua...dan juga dangdutua...

ROKATUA said...

Keh keh keh. What ever it is, many thanks for keep coming back.

You guys rules!

deaf-angel said...

lawak lak aku baca komen mm tu