Friday, January 9, 2009

Kenapa ambil masa lambat sangat?

Entah. Takde jawapan yang spesifik. Personally, gua rasa kitaorang punya gitaris bertanggungjawab form/mold band nih. Kalau bukan dia, takde lagu-lagu nih, and most important, blogspot nih takkan naik.

Nak tau apa nama band sebelum nih? Macam-macam. Sickman, Halilintar, Aphrodite, Leagues of Brokers atau Liga Broker, Hardcroc, Manopaused dan, fuhhh, tak terhingga banyaknya. Sekarang gua harap nama Rokatua nih dah best abes, ah. Karang, tak pasal-pasal, nama blog nih kena tukar. 

Kedua, mungkin disebabkan dimana kami tinggal. Kami tinggal berdekatan sejak 7 tahun lalu. Cuma, tahun lepas je kami betul-betul kenal antara satu sama lain. Soal berjiran dah 7 tahun, tapi tak kenal, tuh, malu, ah nak cerita.

Ketiga, mungkin nak lepaskan tension. Dunia keja memang stress. Sekurang-kurangnya, bila start hari Isnin, kitaorang sudah look forward untuk hari Jumaat. (BTW, Jumaat malam kitaorang practice till early morning)

Keempat, mungkin sebab dah boring main lagu Kamelia, Langit Dan Bumi, Hukum Karma, Keliru, Musibah, Penunggu, Sejuta Wajah, Sweet Child O' Mine, Pretty Woman, The Troopers, Debunga Wangi, Widuri, Dia, Batu, Can't Take My Eyes Off You, Have You Ever Seen The Rain, I Will Survive & countless Classic Rocks & Oldies. Nak kata ada orang jemput main kenduri kawen pon tak pernah. Pointless.

Boleh main music. Ada band. Tapi, pointless. Macammana nak explain tuh? Itu yang berbalik pada jawapan nombor satu, gua punya gitaris took initiatives to write cool songs and...

here we are!